Clove Ritual Guide
Panduan ritual harian untuk setiap Body Elixir anda
Selamat Datang ke Ritual Anda. Clove Body Elixir bukan sekadar minyak — ia satu ritual. Panduan ini kongsikan self-massage ringkas dan pergerakan regangan lembut yang boleh anda amalkan bersama setiap varian, untuk lengkapkan pengalaman self-care anda di rumah.
Nota Penting
Panduan ini untuk tujuan wellness dan self-care sahaja, bukan nasihat perubatan. Ia tidak bertujuan mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan sebarang keadaan kesihatan. Jika anda mempunyai kecederaan, keadaan kronik, atau sebarang kebimbangan kesihatan, sila dapatkan nasihat pengamal kesihatan bertauliah sebelum memulakan sebarang regangan atau urutan baru.
INTENSE
Muscle Stiffness
Pracaxi Oil • LAVENDER EO
✨ Self-Massage Ritual
- Sapu Intense pada bahagian kaku (bahu, tengkuk, lengan), gerakan tekanan sederhana-kuat.
- Guna buku jari untuk tekanan bergolek pada otot yang paling kaku, 1 minit setiap kawasan.
- Akhiri dengan regangan lembut sambil oil masih di kulit untuk bantu pergerakan lebih licin.
🧘♀️ Regangan Ringan
- Cross-body shoulder stretch: tarik satu lengan merentasi dada, tahan 20 saat setiap sebelah.
- Upper trap stretch: condongkan kepala ke satu bahu, tahan 15-20 saat setiap sebelah.
GLACIER
Cooling Active Muscle Recovery
Marula Oil • LEMON EO
✨ Self-Massage Ritual
- Sapu Glacier serta-merta selepas aktif (gym/lari) pada otot yang digunakan.
- Gerakan usapan panjang dari hujung anggota ke arah jantung (contoh: dari buku lali ke lutut).
- Guna tapak tangan untuk tekanan ringan-sederhana, elak tekan terus pada sendi.
🧘♀️ Regangan Ringan
- Calf stretch: sokong dinding, hulur satu kaki ke belakang, tahan 20 saat setiap sebelah.
- Quad stretch: pegang buku lali, tarik tumit ke arah punggung, tahan 20 saat setiap sebelah.
SERENE
Relaxing & Sleep Support
Babassu Oil • YLANG-YLANG EO
✨ Self-Massage Ritual
- Gosok 3-4 titik Serene ke tapak tangan, gosok perlahan sehingga suam.
- Sapu dengan tekanan ringan pada bahagian tengkuk dan bahu, gerakan bulatan perlahan selama 1 minit.
- Tekan lembut kedua-dua pelipis dengan hujung jari, tarik nafas dalam 3 kali.
🧘♀️ Regangan Ringan
- Neck roll: pusing kepala perlahan mengikut arah jam, 5 pusingan setiap arah.
- Shoulder release: angkat bahu ke telinga, tahan 3 saat, lepaskan. Ulang 5 kali.
RELEASE
Deep Tension Release
Jojoba Oil • SANDALWOOD EO
✨ Self-Massage Ritual
- Sapu Release pada kawasan tegang (bahu, belakang, peha), guna tekanan sederhana.
- Gerakan urutan 'kneading' (macam menguli) perlahan selama 1-2 minit setiap kawasan.
- Akhiri dengan tekanan static (tahan, tanpa gerak) selama 10 saat pada titik paling tegang.
🧘♀️ Regangan Ringan
- Cat-cow stretch: 8-10 pusingan untuk lembutkan tulang belakang.
- Standing forward fold: biarkan badan atas terjuntai perlahan, tahan 20-30 saat.
RELIEF
Soothing & Comforting Relief
Rosehip Oil • ROSE EO
✨ Self-Massage Ritual
- Sapu Relief pada bahagian yang terasa tidak selesa, gerakan usapan lembut ke arah jantung.
- Guna ibu jari untuk tekanan ringan pada titik-titik tegang, 10 saat setiap titik.
- Akhiri dengan usapan lembut menyeluruh untuk 'seal in' rasa selesa.
🧘♀️ Regangan Ringan
- Gentle side stretch: angkat satu tangan ke atas, condong ke sisi, tahan 15 saat setiap sebelah.
- Seated forward fold: duduk, condong badan ke depan perlahan, tahan 20 saat.